kita jaga mereka. jaga hati mereka. tapi apa kata nenek moyang kita ?
yang bertungkus lumus berjuang demi yang satu ini ?
yang banyak berkorban hak mereka dengan menjaga yang satu ini.
yang biarkan hati mereka dicarik carik, walau mereka yang itu tidak berjuang seperti mana mereka yang ini.
dirogol,dibunuh,disiksa bagai binatang.
ya mungkin kita generasi baru katanya. mahukan perubahan katanya.
ya mungkin juga kita termakan kata. termakan janji.
ibarat menentang takdir. pabila memaki yang itu ketika yang ini sudah tewas.
medan berjuang itu masih terbentang luas.
teruskan berjuang ! berjuang guna akal. bukan ikut mulut sahaja.
cukup cukup kita berperang. cukup cukup diri dilambung ombak emosi. cukup cukup.
jika kau punya prinsip. teruskan dengan prinsip mu.
aku juga punya prinsipku sendiri.